Sunday, 14 June 2015

Pemilik Syarikat Pemborong Beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd

 
Faiza Bawumi Sayed Ahmad adalah pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd. pada tahun 1964, wanita kelahiran Mesir ini telah berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya.  Pada ketika itu, beliau mampu menguasai Bahasa Melayu dan fasih berbahasa Melayu setelah hanya tiga bulan di Malaysia kerana sifat beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran jirannya. Meskipun  sudah berusia lingkungan 60an, beliau yang mempunyai tujuh orang anak dan juga seorang nenek kepada 32 cucu sibuk masih giat merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini. 
                                                         
Wanita yang berperwatakan lembut itu sebenarnya seorang yang tegas. Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan perlu berada di landasan betul sekali gus mencatatkan keuntungan saban tahun. Puan Faiza yang memangnya dilahirkan dalam keluarga yang juga bergiat dalam perniagaan. Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, beliau pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan.
Setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yg pertama, beliau mengikut  suaminya berhijrah ke Malaysia. Puan Faiza mencari aktiviti berfaedah yg boleh dilakukannya bagi mengelakkan masanya terluang begitu sahaja. Beliau bermula dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM4 dan menjual pelbagai barangan dapur. Beliau juga membeli kain ela dan membuat baju gaun untuk anak-anak kecil jiran-jirannya. Kemudian beliau menghasilkan set sarung bantal. Hasil jahitannya yang cantik dan kemas dijual kepada kawan-kawannya. Seterusnya, beliau berniaga set ensiklopedia, diikuti bisnes pinggan mangkuk. Melalui bisnes kecil kecilan ini, beliau menabung wang bagi menjadikan modal bisnes seterusnya.

Beliau berminat pula menghasilkan rempah kari. Beliau membeli pelbagai rempah ratus seperti ketumbar, jintan, halba, cili kering, cengkih dan sebagainya untuk membancuh ramuan-ramuan tersebut bagi menghasilkan rempah kari ikan dan daging di bawah jenama Bunga Raya. Semuanya dilakukan sendiri di rumah, daripada mencuci, menjemur dan menggoreng rempah ratus tersebut. Kemudian, beliau menghantarnya ke kedai bagi dikisar dan diedarkan.

Selang beberapa tahun kemudian, Puan Faiza membeli pula sebuah mesin pengisar dan membuka kedai runcit dengan modal daripada menjual rempah kari itu. Dari situ beliau mendapati bahawa pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain. Beliau mula belajar pelbagai jenis beras. Puan Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam setelah mendapat maklumbalas positif atas usaha selidik beliau pergi dari satu kedai ke satu kedai bagi mendapatkan respon sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Para pelanggan yang melanggan rempahrempah beliau turut membeli beras daripadanya.

Pada permulaan, beliau agak buntu melihat satu lori treler penuh berisi beras diletakkan di hadapan rumah, namun beliau nekad dengan berusaha membungkus menggunakan jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai-kedai di seluruh Johor.

Perniagaan beliau mendapat sambutan walaupun mendapat persaingan yang agak sengit. Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan dengan sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras “Ponni”.  Menerusi produk berkualiti dan berkhasiat sesuai untuk pesakit seperti pesakit diabetis, SFSB memperkenalkan beras  “Ponni” ini ke seluruh Malaysia.

Syarikat beliau kini telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal. Beliau berharap dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa was-was meragui status halalnya.

Puan Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar dan turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat. Kejayaan beliau sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.Puan Faizah berkata semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah. 

Puan Faiza menyarankan agar umat Islam di negara ini supaya hidup bersatu padu supaya tidak mudah ditindas oleh bangsa lain dan hubungan yang kukuh sesama umat Islam bukan sahaja mampu memajukan masyarakat Islam di negara ini, malah mampu meningkatkan kedudukan ekonomi masyarakat tersebut.

Puan Faiza berkata pengalamannya berniaga, termasuk berurusan dengan bangsa lain membuka mindanya untuk menyedarkan masyarakat Islam khususnya orang Melayu betapa perlunya mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain seperti yang diamalkan bangsa lain. Beliau sentiasa mencontohi keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dalam menjalankan kehidupan seharian, terutama amanah dan gigihnya Baginda Rasullulah dalam menjalankan perniagaan serta dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin.
Syarikat Faiza telah ditubuhkan pada 1982 bersempena dengan nama pemilik syarikat iaitu Faiza Bawumi Sayed Ahmad. Syarikat ini melakukan aktiviti peruncitan sebagai perniagaan terasnya. Pada 1992, Syarikat FAIZA secara rasmi ditubuhkan di bawah Syarikat FAIZA Sdn. Bhd. (SFSB), dan menjalinkan modal usaha dengan Padiberas Nasional (BERNAS) pada tahun 1997.

Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan dengan sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras “Ponni”. Setelah melihat pontensi beras “Ponni”, SFSB memperkenalkan beras tersebut  yang dipercayai baik untuk kesihatan, khususnya bagi penghidap diabetes, obesiti dan darah tinggi. Hingga hari ini di bawah jenama Taj Mahal, beras Faiza herba Ponni  telah diedarkan seluruh Malaysia.

SFSB juga telah menghasilkan pengeluaran padi yang lain seiring dengan permintaan pengguna seperti Basmathi, beras Fragrant, Thai Super Special dan beras Local. SFSB telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal.

SFSB kini mempunyai tiga buah kilang di Selangor, Kedah dan Terengganu. SFSB mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak.

SFSB kini juga meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili dan kicap selain dari beras dan rempah. Bagi produk bihun pula, syarikatnya telah menempah mesin dari China dan produk itu akan diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading. Kilang tersebut mampu mengeluarkan sebanyak sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM12 juta bagi tahun pertama.

Kekuatan SFSB, terletak pada daya penggerak yang bertenaga dan profesional dengan pengetahuan luas dan berpengalaman dalam bidang masing-masing, yang mana ianya persediaan bagi bersaing dalam senario perniagaan beras. Ini ialah kerana di SFSB, tiada tolak ansur mengenai kualiti. SFSB sentiasa memandang ke hadapan untuk teknik-teknik lebih baik, cara lebih baik menjanakan, menyampaikan, berkomunikasi, menggalakkan, untuk memberi khidmat, menjual. SFSB percaya yang kejayaan boleh dicapai daripada apa yang dibuat dengan penuh kesungguhan.

Pengenalan Penubuhan Produk Adabi


PENGENALAN
Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (ACISB) merupakan syarikat induk dan salah satu peneraju utama di Kumpulan Adabi. ACISB dikelola dan diteraju secara professional dan berpandu sepenuhnya pada produk dengan memberi penekanan yang sama terhadap Penyelidikan & Pembangunan serta Jualan & Pemasaran. Menyenaraikan produk lebih dari 60 jenis produk di bawah 6 kategori berikut : serbuk rempah campuran, pes sedia proses, campuran tepung, Sos, makanan dalam tin dan minuman.  
Memiliki kumpulan penyelidik yang kuat dan kreatif, yang sentiasa berdedikasi untuk mencipta produk makanan baru dan inovatif. Syarikat telah berkembang dengan pesat, iaitu daripada 25 kakitangan dan jualan tahunan sebanyak RM2 juta pada tahun 1984, sehingga ke kedudukan saat ini yang mana mempunyai lebih dari 400 anggota dan mensasarkan jualan tahunan sebanyak RM120 juta dapat dikaitkan dengan kejayaan syarikat yang telah berjaya memperkenalkan pelbagai produk baru sepanjang beberapa dekad.
Adabi telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan di atas komitmen yang telah diberikan terhadap memastikan kualiti produk keluaran. Bahkan, produk Adabi adalah yang pertama untuk menerima sijil Halal dari Jabatan Hal Islam dari Jabatan Perdana Menteri. Di antara anugerah yang lain yang dimenangi adalah Superbrand Status (Reader's Digest Malaysia), International Makanan & Minuman Award (New Millenium Award - Paris) dan Anugerah Kecemerlangan Industri (MITI) dan Anugerah Produk Terpuji (Institut Teknologi Pangan Malaysia).
SEJARAH PENUBUHAN SYARIKAT ADABI SDN BHD
Dato' Syed Manshor Bin Syed Mahmood
Pengasas / Pengarah Urusan
Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd

Pengasas dan pemilik Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. Membangunkan syarikat dan peneraju utama sejak penubuhannya pada bulan Mac tahun 1984. Juga merupakan antara perintis utama Kumpulan Adabi - aktif semasa '70-an dalam pendidikan swasta. Menjadi Pengerusi kepada semua anak-anak syarikat di bawah Kumpulan Adabi. Menyelia pengurusan syarikat.


Pada tahun 1984, kumpulan pertama produk-produk ADABI dihasilkan di sebuah kilang kecil bertempat di Kawasan Perindustrian Ringan Batu Caves. Semenjak itu, usaha kami telah berkembang dengan pesat. Dari Batu Caves, ADABI telah berpindah ke kilang-kilang yang lebih besar di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Kepong pada tahun 1986 dan membina kilang pemprosesan tambahan di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Ehsan pada tahun 1990 dan 1992. Di atas permintaan pelanggan yang kian bertambah, syarikat berpindah ke premis kilang dan pejabat milik persendirian yang terletak di Taman Perindustrian Bersepadu Rawang pada November 1996 bagi menampung keperluan pasaran dan pelanggan. Terletak di kawasan seluas 4 hektar, yang merangkumi pusat pengeluaran, gudang, bangunan pejabat dan kemudahan pentadbiran Adabi yang lain.

Haji Lambak Mohamad Pengasas Kicap Cap Kipas Udang

Pengasas disebalik jenama kicap ini adalah Datuk Hj Lambak Mohamad. Beliau memulakan perniagaan beliau kira-kira 25 tahun yg dahulu apabila menubuhkan Zara Foof Industries secara kecil-kecilan dengan menyewa sebuah kilang dan memasarkan jenamanya kicapnya disekitar banda Johor Baharu..
                     

Memulakan perniagaan dengan bermodalkan RM40,000, beliau tidak menoleh kebelakang bagi memastikan jenama Kicap kipas udang meniti dibibir rakyat Malaysia. Kawalan kualiti product yg baik serta komitmen pekerja-pekerja syarikat beliau yg sama-sama berkongsi visi yg sama, beliau mencatat jualan bulanan sebanyak RM120,000 sebulan.

Beliau tidak kedekut untuk melabur kembali keuntungan syarikat kepada mempromosikan jenama beliau dan menambahbaikkan kualiti produk beliau. Beliau berani mengambil langkah drastik dan besar dalam mempromosikan jenama beliau di Television. Penambahbaikan juga dapat dilihat dari proses pembungkusan jenama kicap tersebut yg terdapat pada penutup botol kicap tersebut yg semakin moden dan selamat.

Kini, jualan bulanan Kicap kipas udang berjumlah RM6Juta sebulan dan merangkumi kepada kepelbagaian produk seperti sos,kaya dan lain-lain lagi. Jenama kipas udang ini juga telah melangkau jauh ke Asia Barat dan Negara-negara Asean. Dengan jualan syarikat mencecah RM82juta setahun, syarikat ini melangkah setapak lagi dengan penubuhan bangunan syarikat yg bernilai RM35juta di bandar perindustrian Larkin.

Kesungguhan untuk berkembang juga dapat dilihat dengan pelaburan RM10 juta dalam meningkatkan teknologi dalam penghasilan barangan pengguna selain makanan.Ini akan meliputi barangan pengguna seperti minuman isotonik,bahan pencuci pakaian dan ubat gigi.

Siapa sangka, hanya menjual kicap..syarikat ini sekarang bernilai puluhan JUtaaan ringgit...Yang penting, selagi ada keperluan dan kehendak, disitu ada peluang...

sejarah penciptaan kon aiskrim

            
Kon ais krim yang anda sedang lihat sekarang ini sebenarnya bukanlah dicipta dengan sengaja.  Ia wujud pada tahun 1904 di mana penjual  aiskrim pada masa itu telah kehabisan pinggan.  Dia kemudian berfikir dan menemui cara untuk menjual aiskrim tersebut.  Caranya adalah dia menggulungkan waffle dan meletakkan aiskrim di atasnya.  Maka dari itu terciptalah aiskrim kon.


Di Amerika Syarikat, kon aiskrim telah dipopularkan pada dekad pertama abad ke-20. Pada 13 Disember 1904, yang New Yorker bernama Italo Marchioni menerima AS paten untuk acuan untuk membuat cawan pastri untuk memegang aiskrim.Marchioni mendakwa bahawa dia telah menjual aiskrim di pemegang pastri yang boleh dimakan sejak tahun 1896. Walau bagaimanapun , paten Marchioni itu bukan kerana kon dan dia kehilangan tindakan undang-undang bahawa dia kemudiannya difailkan terhadap pengeluar kon bagi pelanggaran paten.


Abe Doumar dan keluarga Doumar juga boleh menuntut kredit untuk kon aiskrim. Pada usia 16 Doumar mula menjual paperweights dan barangan lain. Pada suatu malam, dia membeli sebuah wafel dari vendor lain dipindahkan ke Norfolk, Virginia dari Ghent di Belgium, Leonidas Kestekidès. Doumar meneruskan untuk menggulung wafel dan letakkan satu sudu aiskrim di atas. Beliau kemudian mula menjual kon di Ekspo St Louis. Kon-Nya adalah satu kejayaan yang telah mereka mesin pembakar empat besi dan mempunyai faundri yang membuat untuk dia. Pada Ekspo Jamestown itu pada tahun 1907, beliau dan saudara-saudaranya menjual hampir dua puluh tiga ribu kon. Selepas itu, Abe membeli setengah automatik mesin 36-besi, yang menghasilkan 20 kon seminit dan membuka Doumar itu Drive Dalam di Norfolk, Virginia, yang masih beroperasi di lokasi yang sama lebih 100 tahun kemudian


Dr. John Stith Pemberton ahli farmasi yang mencipta minuman Coca-Cola yang terkenal



COCA-COLA telah dikenal sebagai merek minuman ringan paling terkenal di dunia dengan penjualan terbesar sepanjang sejarah.






Coca-Cola telah menjadi salah satu jenama paling berharga dan berjaya dalam sejarah industri moden.Dikenali pula sebagai 'coke', Coca-Cola diyakini menjadi minuman ringan terlaris dunia.
Minuman berkarbonat ini berjaya mempertahankan popularitinya selama lebih dari satu abad walaupun harus menghadapi banyak saingan, dengan Pepsi dianggap sebagai pesaing kuat.

Penemuan Coca-Cola

Walaupun pengambilan berlebihan minuman berkarbonat dianggap menimbulkan risiko kesihatan, menariknya, orang yang mencipta Coca-Cola adalah seorang ahli farmasi!
Dr. John Stith Pemberton, seorang ahli farmasi tempatan dari Atlanta, Amerika Syarikat, adalah yang mencari Coca-Cola.
Dia membuat resipi pertamanya dalam tiga cerek tembaga di laman belakang rumahnya. Pemberton lantas membawa minuman racikannya ke farmasi Jacob dan mula mempromosikannya.
Minuman ini pertama kali dijual di farmasi yang sama pada 8 Mei 1886. Kira-kira sembilan hidangan minuman terjual setiap harinya dengan harga 5 sen untuk setiap hidangan.
Sebelum mencari resipi Coca-Cola, John S. Pemberton telah lama taksub mencari ubat sekaligus minuman yang boleh menyembuhkan pelbagai aduan.
Selama masa itu, laporan tentang manfaat kesihatan dari tanaman coca (koka) telah banyak tersebar.
Coca dikenali sebagai perangsang, afrodisiak dan juga mempunyai sifat melancarkan pencernaan. Dengan begitu banyak kegunaan, coca menjadi tanaman yang dicari Pemberton.
Angelo Mariani, seorang Corsica telah lebih dulu membuat wain coca (coca wine), yang disebut Vin Mariani dan mendapat kejayaan besar di Eropah.
Banyak selebriti, termasuk Thomas Edison, Ratu Victoria dan bahkan tiga Paus diyakini menjadi penyuka minuman ini.


1886

AWAL KESEGARAN

AWAL KESEGARAN

COCA-COLA pertama kali disajikan pada tanggal 8 Mei 1889 di Jacob’s Pharmacy. Sebanyak sembilan minuman telah terjual sepanjang tahun.


NAMA ITU TELAH LAHIR

Seorang akuntan perusahaan bernama Frank Robinson memberi nama untuk COCA-COLA dan menggunakan bentuk tulisan Spencerian yang terkenal untuk kedua huruf C agar terlihat menarik.


1899

DI DALAM KEMASAN BOTOL

COCA-COLA dalam kemasan botol pertama kali dibuat pada tahun 1899 dengan menggunakan botol berbentuk Hutchinson.


1900

DUKUNGAN PARA BINTANG

Seorang penyanyi opera bernama Hilda Clark adalah selebriti pertama yang menjadi bintang iklan COCA-COLA dalam berbagai media, termasuk nampan, poster, dan pembatas buku.


1915

KONTUR BOTOL

Prototipe kontur botol COCA-COLA didesain oleh Alexander Samuelson

Minuman Pepsi Cola yang terkenal

Pepsi-Cola, yang asalnya bernama "Minuman Brad" ("Brad's drink"), direka pada awal 1890-an oleh ahli farmasi Caleb Bradham di New Bern,
  
 Carolina Utara,Amerika Syarikat. Pada 28 Ogos 1898, nama "Minuman Brad" ditukar menjadi "Pepsi-Cola" dan kemudiannya nama itu didaftar pada 16 Jun 1903. Oleh sebab Pepsi pada asalnya bertujuan untuk mengubati sakit perut, Bradham memperoleh nama Pepsi dari penyakit dispepsia (sakit perut atau ketakcernaan). Minuman itu dibuat daripada air berkarbonatgulavanilaminyak patipepsin dan buah kola.
Pada tahun 1903, Bradham berpindah pembotolan Pepsi-Cola dari gedung ubatnya ke sebuah gudang sewa. Pada tahun itu, Bradham menjual 7,968 gelen sirap, dan pada tahun berikutnya, Pepsi dijual dalam botol enam auns dan jualan meningkat ke 19,848 gelen. Pada 1905, Pepsi bertukar logonya buat kali pertama sejak reka bentuk aslinya pada 1898, dan pada 1906, logonya ditukar lagi sekali. Pada tahun yang sama, kerajaan Amerika Syarikat meluluskan Akta Makanan dan Drug Tulenyang mengharamkan bahan-bahan seperti arsenikplumbumbarium, dan uranium daripada makanan dan minuman. Ini memaksakan Coca-Cola menukarkan rumusan mereka; bagaimanapun, Pepsi-Cola telah tidak mengandungi bahan-bahan tersebut, dan menuntut bahawa mereka telah mematuhi keperluan undang-undang yang baru itu.
Pada 1909, perintis perlumbaan automobil Barney Oldfield menyokong Pepsi-Cola dalam iklan surat khabar yang mengatakan "Minuman buli... menyegarkan, mencergaskan, perteguhan yang baik sebelum perlumbaan". Pada tahun 1923, Pepsico menjadi muflis disebabkan oleh harga gula yang tinggi kerana Perang Dunia II. Hartanya dijual dan Roy C. Megargel membeli tanda niaga Pepsi.Lapan tahun kemudian, syarikat itu menjadi muflis semula, dan menyebabkan perumusan semula sirap Pepsi-Cola. Dalam tahun-tahun berikutnya, minuman itu mencapai kepopularan dan pada tahun 1934, syarikat itu memperkenalkan minuman 12-auns buat pertama kali. Pada tahun 1964, kelainan Diet Pepsi diperkenalkan, dan merupakan minuman diet bergas yang pertama di Amerika Syarikat.
Pada 1980, Pepsi memperkenalkan kempen pemasaran "Cabaran Pepsi" yang mana Pepsico membuat ujian rasa buta antara Pepsi-Cola dan pesaing Coca-Cola. Dalam ujian-ujian rasa buta itu, kebanyakan daripada peserta memilih Pepsi sebagai minuman yang lebih sedap. Pepsi menggunakan kelebihan kempen itu untuk melaporkan keputusan ujiannya dalamiklan televisyen kepada orang awam. 
Sedangkan sebahagian mendakwa bahawa rasa Pepsi serupa sahaja dengan Coca-Cola, ada yang mengatakan bahawa mereka dapat mengesankan perbezaannya. Pada masa dahulu, perbezaan antara rasa Pepsi dan Coke adalah lebih besar daripada perbezaan hari ini. Sewaktu rasa Pepsi menjadi lebih popular, Coca-Cola menyesuaikan rasa minumannya supaya lebih mendekati rasa Pepsi (Coke Baru). Walaupun Pepsi mendakwa bahawa ini merupakan suatu kemenangan untuk kolanya, Coca-Cola tidak lama kemudian mengembalikan rumusannya kerana peminum-peminumnya lebih menyukai Coca-Cola yang tidak bertukar, walaupun pengujian menunjukkan bahawa rasa Coke yang baru adalah lebih baik.

Penubuhan kilang teh BOH diMalaysia

                  
BOH Plantations Sdn. Bhd. Adalah yang  pengeluar teh hitam terbesar di Malaysia, dengan kedua-dua pengedaran domestik dan antarabangsa. The BOH Tea Plantation, yang terletak di Cameron Highlands, Pahang, Malaysia juga merupakan ladang teh terbesar di Malaysia.

Latar belakang. BOH Plantations telah ditubuhkan pada tahun 1929 oleh JA Russell, seorang ahli perniagaan British berpendidikan British yang dilahirkan semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Russell tiba di Kuala Lumpur pada usia tujuh tahun, pada tahun 1890; eksport utama ketika itu timah. Sebelum BOH, Russell telah bekerja di Selat Trading Company, belajar untuk bercakap beberapa dialek Cina (plus Bahasa Melayu) dan membuat hubungan dengan pelombong timah Cina. Selain melabur dalam tin, Russell dan saudara-saudaranya (Philip, Donald dan Robert) melabur dalam industri getah yang baru muncul pada tahun 1908. JA dan Philip juga telah melabur dalam pembinaan keretapi yang berkaitan, termasuk Stesen keretapi Kuala Lumpur. Pada tahun 1913, Russell membeli hampir satu pertiga daripada hartanah di bandar Ipoh. Dia dan Donald (jurutera perlombongan dari Colorado School of Mines) menubuhkan lombong batu arang di Batu Arang, Selangor kira-kira 25 kilometer dari ibu negara.

Sejarah. Walaupun Kemurungan seluruh dunia pada masa yang BOH telah ditubuhkan pada tahun 1929, Russell optimis tentang perniagaan ladang teh, disebabkan oleh permintaan yang stabil. Russell telah diberikan Konsesi tanah (bersama-sama dengan veteran teh penanam AB Milne dari Ceylon) untuk pertama taman teh BOH di Habu (ia juga merupakan taman teh pertama di Cameron Highlands). Pada masa itu, tanah itu adalah kawasan hutan yang belum dibangunkan, di cerun curam; dengan memaksakan dan keldai pasukan, perladangan melangkah dicipta.

Hari ini, BOH Plantations mempunyai tiga taman-dalam teh Habu (asal), Fairlie Tea Garden, dan Sungai Palas Tea Garden. Terdapat pembungkusan-kilang berhampiran taman utama. 

Permulaan jenama teh Lipton yang digemari ramai

          
Lipton adalah jenama teh yang dimiliki oleh Unilever. Lipton juga rangkaian pasar raya di United Kingdom sebelum ia dijual kepada Argyll Makanan, untuk membenarkan syarikat itu memberi tumpuan semata-mata kepada teh. Syarikat itu dinamakan sempena pengasasnya Thomas Lipton.
        
Thomas Lipton memulakan perjalanan di dunia untuk item baru kepada stok di kedai ini, satu perkara adalah teh, kerana jualan telah meningkat dua kali ganda daripada £ 40 juta daripada lewat 1870-an untuk £ 80000000 oleh pertengahan 1880-an. Bagaimanapun, beliau percaya harga itu terlalu tinggi, jadi pada tahun 1890, beliau membeli kebun teh sendiri di Ceylon, kini Sri Lanka, dan dibungkus dan dijual teh Lipton yang pertama. [3] Berpegang teguh kepada wawasan ini, beliau mengatur pembungkusan dan penghantaran pada kos yang rendah dan dijual teh dalam paket dengan paun (454g), setengah paun (227g), dan suku paun (113g), dengan slogan pengiklanan: ". Terus dari taman-taman teh teko" Teh Lipton adalah satu kejayaan segera di Amerika Syarikat. Thomas Lipton telah diberi gelaran kesatria oleh Ratu Victoria, yang telah menjadikan dia Sir Thomas Lipton pada tahun 1898 pada usia empat puluh lapan.

Perniagaan teh Lipton telah dibeli oleh syarikat barangan pengguna Unilever dalam beberapa urus niaga berasingan, bermula dengan pembelian perniagaan Amerika Syarikat dan Kanada Lipton pada tahun 1938 dan siap pada 1972 apabila Unilever membeli baki perniagaan Lipton global daripada Pembekal Bersekutu.

Pada tahun 1991, Unilever mewujudkan usaha sama pertama dengan PepsiCo, Pepsi Lipton Perkongsian, untuk pemasaran bersedia untuk minum (botol dan tin) teh di Amerika Utara. Ini diikuti pada tahun 2003 oleh sebuah syarikat usaha sama kedua, Pepsi-Lipton International (PLI), meliputi banyak pasaran bukan Amerika Syarikat. PLI telah diperluaskan pada September 2007 untuk memasukkan beberapa pasaran Eropah besar. PepsiCo dan Unilever setiap mengawal 50% daripada saham-saham syarikat usaha sama

Antara syarikat pengeluar kopi paling berjaya didunia

     
Pada awal pengeluaran Nescafé dapat dilihat dari masa lampau, iaitu pada tahun 1930, ketika kerajaan Brazil pertama kali bertemu Nestlé Company. Pihak dari Brazilian Coffee Institute meminta Nestlé untuk mengawetkan lebihan kopi mereka yang sangat besar, dengan cara pembangunan produk kopi yang boleh larut dalam air panas.

Ahli kopi, Max Morgenthaler, dan pasukannya dengan segera berusaha untuk mencari jalan menghasilkan secangkir kopi yang berkualiti yang boleh dibuat dengan mudah, dengan hanya menambah air tetapi dapat mengekalkan rasa dan aroma kopi.

Setelah melalui penelitian yang panjang selama tujuh tahun di makmal Nestlé di Switzerland, mereka mencari jawapannya. Produk baru tersebut dinamakan Nescafé - perpaduan Nestlé dan Café. Nescafé diperkenalkan oleh Nestlé, sebagai kopi larut yang pertama kali berjaya secara komersial, di Switzerland pada 1 April 1938. Syarikat melaksanakan teknologi tersebut pada kilangnya di Hayes, London bahagian barat.

Pemprosesan kopi segera bukanlah sebuah idea yang baru, hal itu telah ditemui oleh seorang ahli kimia Jepun pada tahun 1901 dan telah dipasarkan dan dijual oleh syarikat lain tetapi tidak menuai sukses. Nestlé merevolusi cara pembuatan kopi segera. Nestlé membangunkan cara baru untuk menghilangkan kandungan air pada kepekatan kopi, yang mampu memperbaiki kualiti secara signifikan. Dengan semburan kabus halus larutan pekat kopi ke tower pemanas yang mengubah titik air menjadi serbuk dengan seketika.

Pada separuh pertama dekad berikutnya, walaupun Perang Dunia II menghalang kejayaannya di Eropah, Nescafé dieksport ke Perancis, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. Kemasyhuran-nya tumbuh dengan cepat pada separuh kedua dekad. Sebagaimana telah diketahui secara luas, seluruh pengeluaran Nescafé di kilang AS saat itu disediakan untuk kepentinganm tentera.

Pada tahun 1950-an, kopi telah menjadi hidangan pilihan bagi para remaja, yang suka melepak di kedai kopi untuk mendengar muzik rock 'n' roll keluaran menyanyikan lagu terbaru.

Dari tahun ke tahun syarikat terus melakukan penekanan di bisang inovasi, memperkenalkan kopi murni yang boleh larut (1952) yang seluruhnya menggunakan biji kopi roasting, penemuan freeze dried kopi segera (1965), dan penemuan kopi butir / granula (1967). Inovasi-inovasi seperti inilah yang memastikan Nescafé menjadi pemimpin pasaran kopi dunia. Tanda ini juga menduduki tempat ketiga berdasarkan nilai (value) dari brand produk di sektor minuman, selepas Coca-Cola dan Pepsi.

Friday, 12 June 2015

Sejarah jenama aiskrim Häagen-Dazs

"Ais krim terbaik di dunia" bermula sebagai wawasan Encik Ruben Mattus dan berterusan sepanjang hidupnya. Beliau bermula pada tahun 1921, menjual ais krim di jalan-jalan di New York. Tidak lama kemudian, dia bermimpi mewujudkan apa-apa tetapi yang terbaik ais krim hanya menggunakan bahan-bahan terbaik dan paling tulen.

Pada tahun 1961, Encik Mattus memutuskan untuk membentuk sebuah syarikat baru yang khusus untuk menghasilkan super-premium ais krim barunya. Beliau menyeru ini jenama baru "Haagen-Dazs" - nama yang menyampaikan aura tradisi dunia lama dan kualiti premium. Barisan produk asal termasuk tiga perisa: vanila, coklat dan kopi. Encik Mattus kemudian bersemangat menghabiskan enam tahun mencari strawberi manis dan penuh berperisa yang cukup untuk memenuhi standard yang sempurna jenama berkualiti untuk ais krim strawberi premium beliau.

Jenama Haagen-Dazs cepat maju dan ramai pengikut yang setia. Kejayaan awal dan pujian dibawa dari mulut ke mulut. Sebagai semangat ghairah meningkat untuk merawat ini kaya dan berkrim, jenama juga meningkat. Apabila kedai Haagen-Dazs yang pertama dibuka pada tahun 1976, ia adalah satu kejayaan segera, dan populariti jenama itu terus meningkat. Pada pertengahan 1980-an, rasa Haagen-Dazs aiskrim telah diperkenalkan di peringkat antarabangsa.

Haagen-Dazs menciptakan kategori super-premium aiskrim, dan ia terus menarik perhatian pada tahun 1986, apabila ia diperkenalkan bar aiskrim, diikuti oleh Frozen Yogurt pada tahun 1991 dan pada tahun 1993. Sorbet Haagen-Dazs terus berinovasi dan menetapkan standard untuk ais krim mewah dengan tambahan Haagen-Dazs Crispy Sandwich ™ dan Dolce ™, sensasi tiga lapisan dengan rasa lazat.

Hari ini, Haagen-Dazs adalah peneraju jenama antarabangsa, dengan jualan di lebih daripada 850 kedai di lebih daripada 50 buah negara. Dikhaskan untuk mencipta pengalaman pencuci mulut mewah dan memenuhi segala keinginan baru yang luar biasa, Haagen-Dazs mencipta rasa baru yang menarik setiap tahun.

Kepada orang-orang di seluruh dunia, Haagen-Dazs bermakna aiskrim yang terbaik,boleh dibeli dengan wang

Penemuan yang telah memudahkan manusia untuk memasak

Dapur adalah bahagian rumah tempat untuk memasak atau menyediakan makanan.Dan setiap rumah mesti mempunyai dapur gas.Kerana dapur gas antara barang keperluan manusia kini.ini kerana semua makanan perlu dimasak. mengikut peradaran zaman,kini dapur sudah berkembang menjadi lebih segera lagi.Sebelum menjadi dapur gas yang semakin di mudahkan ini ternyata dapur mempunyai suatu cerita unik dalam sejarahnya. Boleh anda simak cerita asal usul dapur di bawah ini.
Sejarah mengenai alat masak ini sudah di mulai sejak abad yang ke 18 lalu. Pada masa itu yang sebelum di dapati dapur sebagai alat masak yang lebih mudah, masyarakat majoriti di Eropah banyak yang menggunakan tungku yang terbuka yang menggunakan kayu kering sebagai alat pembakar. Lalu pada abad pertengahan penemuan mula berkembang, di saat ini tungku yang telah di buat tidak lagi rata dengan lantai, namun di bentuk yang lebih tinggi lagi. Setinggi pinggang dari manusia. Namanya penemuan baru biasanya untuk memudahkan atau lebih mudah daripada penemuan sebelum ini. Benar sekali penemuan tersebut di gunakan untuk memudahkan orang memasak agar tidak lagi bengkok kerana tingginya yang sudah di rancang pas.

Dan semakin berkembang akhirnya relau tidak lagi berkesan, sejak tahun 1735 tungku tersebut tidak lagi di gunakan. Alasannya boleh menyebabkan menimbulkan suatu asap yang boleh membahayakan manusia.

Akhirnya pada tahun 1922 sudah di lancarkan dapur gas yang sering di sebut dengan nama AGA Cooker. Dapur yang masih sering di kenal sampai saat ini sudah di ciptakan oleh pemenang Nobel Gustaf Dalen yang berbangsa Sweden. Selepas itu akhirnya adalagi penemuan yang sudah di dapati oleh Alexis Soyer pada tahun 1849 tentang dapur mudah alih. Dapur ini adalah dapur yang di hasilkan dari tekanan udara yang boleh semburkan minyak tanah, pastinya anda sudah memahami dapur ini yang sering di gunakan pada orang-orang pedangang kaki lima beberapa tahun yang lalu sebelum minyak tanah jarang.

Dapur gas pertama kali di buat di tahun 1820, akan tetapi masih dalam bentuk percubaan dan bersifat rahasia. Baru benar-benar di pasarkan pertama kali pada World Fair di London tahun 1851. Mulai tahun 1880 dapur gas semakin dikenali masyarakat luas dan berkembang secara komersil, walaupun agak terbantut kerana pertumbuhan rangkaian paip yang lembap.

Pada 20 September 1859, George B. Simpson di Washington DC, Amerika Syarikat mematenkan dapur elektrik yang menggunkan pemanas dari gegelung. Prinsipnya, tenaga elektrik diubah menjadi tenaga haba melalui gegelung. Seiring perkembangan jaman, di tahun 1970 muncul idea untuk menggantikan kumparan kawat dengan glass-caramic, sehingga dapur termuktahir saat ini tidak berbau, berasap, dan ringkas.

Thursday, 11 June 2015

sejarah permulaan antara syarikat minuman terkenal di Malaysia


Sejarah Fraser & Neave
  
Syarikat Singapura dan selat air berkabonat telah ditubuhkan pada tahun 1883 oleh John Fraser dan David Chalmers Neave, yang dipelbagaikan daripada perniagaan percetakan mereka (Percetakan Pejabat Singapura dan Selat ) . Syarikat ini menjadi perintis perniagaan air berkabonat di Asia Tenggara pada tahun 1883. Pada tahun 1898, sebuah syarikat awam yang baru ditubuhkan dan kedua-dua perniagaan yang dijual kepada syarikat baru, yang dinamakan Fraser & Neave (F & N), $ 290.000 dalam bentuk wang tunai dan saham.


Kepelbagaian, francais dan penyusunan semula 

Pada tahun 1931, Fraser & Neave membentuk usaha sama dengan Belanda Heineken untuk menceburi bidang perniagaan pembuatan bir. Tempat pembuatan bir, Malayan Breweries Limited menghasilkan Beer Tiger, dan kemudian diperoleh Archipelago Brewery, yang menghasilkan Beer Anchor. Pada tahun 1936, F & N mengambil alih francais Singapura, Malaysia dan Brunei untuk minuman Coca-Cola.  Di samping pelbagai sendiri minuman berjenama F & N, syarikat itu telah meluaskan sayap perniagaan dengan menguasai jenama lain seperti 7-Up, Fanta dan Sunkist. 


Fraser & Neave Terkini

Pada tahun 1999, F & N membeli satu kepentingan 20% dalam Penerbitan Masa sebelum mengambil kawalan majoriti syarikat itu pada tahun 2000, dengan pengambilalihan yang keseluruhan berharga sekitar    $ 570 juta. Ini meletakkan F & N ke dalam penerbitan percetakan, kedai buku runcit, jualan dan pengagihan , pendidikan, internet dan perniagaan organisasi persidangan. 
Pada tahun 2001, F & N mengambil kedua-dua Masa dan Hartanah Centrepoint swasta. 
Pada tahun 2006, di Singapura kerajaan pelaburan syarikat Temasek Holdings mengambil 1%  S $ 900 juta kepentingan di F & N, menjadi pelabur kedua terbesar F & N. Kepentingan seluruh Temasek telah dijual kepada Holdings Kirin Jepun untuk S $ 1,33 bilion pada tahun 2010. 
Pada tahun 2008, F & N disusun semula struktur pengurusan dan ketua eksekutif yang dilantik selama tiga perniagaan teras makanan & minuman, harta dan percetakan dan penerbitan 
Pada tahun 2011, F & N mempunyai jumlah aset lebih S $ 13 bilion dan bekerja lebih dari 13,000 orang di 20 buah negara

pengasas syarikat gergasi Nestle

                                                                      
Nestlé SA adalah syarikat multinasional Switzerland yang menghasilkan berbagai jenis produk makanan ringan dan barangan pengeluaran lain. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1866 di Vevey, Switzerland, pada ketika itu sebuah syarikat susu berdiri di Cham, Switzerland oleh syarikat susu Anglo-Swiss Condensed. Nestle merupakan syarikat makanan terbesar di dunia diukur berdasarkan pendapatannya. Produk Nestlé meliputi makanan bayi, air botol, bijirin sarapan, kopi, gula, produk tenusu, ais krim, makanan haiwan peliharaan dan makanan ringan. 29 jenama Nestlé seperti Nespresso, Nescafe, Kit Kat, Smarties, Nesquik, Stouffer, Vittel, dan Maggi, menghasilkan lebih dari 1 bilion franc Switzerland (kira-kira $ 1.1 bilion) dalam jualan bagi setiap tahun. Nestlé mempunyai kira-kira 450 kilang, beroperasi di 86 negara, dan menggaji sekitar 328.000 orang pekerja. Syarikat ini adalah salah satu pemegang saham utama L'Oréal, syarikat kosmetik terbesar di dunia.

                                                      
Awal sejarah Nestle bermula apabila pengasas Nestle, Henri Nestlé, yang merupakan seorang ahli farmasi Jerman melancarkan kombinasi susu lembu, tepung gandum dan gula, yang disebut Farine lactée. Produk ini menyelamatkan seorang anak jiran Henri kerana produk ini mempunyai nutrisi yang baik.

Pada tahun 1905, syarikat Anglo-Swiss Condensed Milk yang ditubuhkan oleh Charles dan George Page, melakukan penggabungan dengan Nestle. Selama beberapa tahun kedua syarikat ini telah saling bersaing secara sengit.

Ketika Perang Dunia I, syarikat ini mengalami kesukaran dalam mendapatkan bahan mentah dan pengedaran produk juga semakin sukar. Kekurangan susu segar di seluruh Eropah memaksa kilang-kilang untuk menjual hampir semua bekalan mereka untuk memenuhi keperluan bandar-bandar tempatan. Meskipun demikian, perang mendatangkan banyak kontrak dengan kerajaan kemudian didapatkan syarikat khususnya permintaan susu. Untuk mengimbangi permintaan ini, Nestlé membeli beberapa kilang yang ada di Amerika Syarikat dan, pada akhir perang, syarikat mempunyai 40 kilang di seluruh dunia.

Pada tahun 1920-an, syarikat mengalami kesulitan ekonomi yang mendalam. Beberapa operasi dikecilkan. Namun syarikat tetap bertahan dengan melakukan pengambilalihan dengan Petrus, Cailler, Kohler Swiss Chocolate Company, yang membuat coklat menjadi perniagaan penting syarikat ini. Kerjasama ini kemudian membuahkan produk baru yang merupakan campuran susu malt dan minuman serbuk yang disebut Milo.Pada tahun 19,38, syarikat melancarkan produk kopi Nescafe yang dua tahun kemudian menuai sukses. Syarikat kemudian melancarkan Nestea sebagai pengubahsuaian dari Nescafe. Pada perang Dunia II, produk Nescafe menjadi minuman pokok askar Amerika yang bertugas di Eropah dan Asia.

Pada tahun 1945, yang merupakan akhir Perang Dunia II, merupakan fasa awal bagi syarikat. Puluhan produk baru ditambah sebagai pertumbuhan syarikat.

Produk Maggi, dari rempah sup, menjadi sebahagian dari keluarga Nestlé selepas penggabungan dengan Alimentana SA di tahun 1947. Pada tahun 1974, untuk pertama syarikat melakukan kepelbagaian di luar industri makanan ketika menjadi pemegang saham utama L'Oréal. Pada tahun 1977, syarikat kemballi membuat usaha kedua di luar industri makanan dengan memperoleh Alcon Laboratories Inc, pengeluar AS dengan produk farmasi dan ophthalmic.

Pada awal tahun 2010 lalu, syarikat menjual saham Alcon pada Novartis untuk memperoleh perniagaan pizza beku Kraft Foods. Pada tahun 2011, nestle melakukan kerjasama dengan syarikat China, Yinlu, iaitu pengeluar susu kacang dan bubur tin siap minum. Pada tahun yang sama di bulan Julai, syarikat mengumumkan dengan Hsu Fu Chi, pengeluar gula-gula dan makanan ringan.

Di Indonesia Nestlé Indonesia telah beroperasi sejak tahun 1971. Saat ini syarikat Nestlé Indonesia menggaji 2,600 pekerja untuk menghasilkan pelbagai produk Nestlé di tiga kilang: Kilang Kejayan, Pasuruan, Jawa Timur untuk mengolah produk susu seperti DANCOW, BEAR BRAND, dan NESTLÉ DANCOW IDEAL; Kilang Panjang di Lampung untuk mengolah kopi segera NESCAFÉ serta Kilang Cikupa di Banten untuk menghasilkan produk kembang gula FOX'S dan POLO. Saat ini sedang dibina kilang ke-empat di Karawang yang dirancang akan beroperasi pada tahun 2013 untuk menghasilkan DANCOW, MILO, dan bubur bayi Nestlé Cerelac.

Dengan Moto Nestlé "Good Food, Good Life", syarikat komited untuk menggabungkan ilmu dan teknologi untuk menyediakan produk-produk yang mampu memenuhi keperluan asas manusia akan makanan dan minuman berkhasiat, serta selamat untuk dimakan serta lazat rasanya.

sejarah penghasilan kek

kek adalah antara desert yang sering menjadi pilihan apabila menyambut ulang tahun hari jadi.kanak-kanak dan orang dewasa sukakan keenakan rasanya yang manis dan berkrim dan juga enak.Selain itu bentuk rupanya yang pelbagai menjadikannya lebih kelihan menarik dan unik.Berikut adalah fakta Menarik Tentang Sejarah Kek:
1) Pada zaman dahulu kek lebih kurang sama dengan roti. Ia menggunakan yis seperti roti dan dimaniskan dengan madu dan ada juga ditambah kacang dan buah-buahan kering. Orang-orang Mesir purba adalah yang pertama menunjukkan kemahiran baking yang maju dalam sejarah kek.
Kek beryis dan tertua dan seakan-akan roti selalunya adalah kek tradisional. Ini termasuklah pastri seperti babka dan stollen.
2) Pembuat roti Eropah pada zaman pertengahan membuat kek buah dan roti halia yang boleh bertahan selama beberapa bulan. Sekitar zaman pertengahan abad ke-17, Eropah telah mencapai kemajuan besar dalam sejarah seni membuat kek. Mereka adalah pelopor kepada kek moden yang bulat dan mempunyai aising. Ini disebabkan oleh perkembangan teknologi seperti ketuhar, acuan makanan dan gula halus.
3) Menurut sejarah kek, aising pertama yang digunakan pada kek adalah gula, putih telur dan perisa yang kemudiannya direbus. Kemudian ia dituangkan ke atas kek, seterusnya kek dimasukkan ke dalam oven seketika. Bila kek telah dikeluarkan, aising disejukkan dengan cepat untuk membentuk lapisan keras yang berkilat keras seperti ais meliputi kek.
4) Kek tertua di dunia yang masih elok hingga sekarang dibuat pada tahun 1898 dan berusia kira-kira 113 tahun. Ia telah terselamat dari musnah akibat terkena bom ketika perang dunia ke-2. Terdapat rekahan besar pada aisingnya akibat bom tersebut tapi ia telah dibaikpulih.
5) Dalam sejarah kek, kek span adalah kek pertama yang dibuat tanpa menggunakan yis. Ia hanya bergantung kepada matriks protin, biasanya adalah telur yang dipukul sebagai bahan penaik. Ada kalanya ia ditambah dengan sedikit baking powder atau bahan penaik lain untuk menaikkannya.
Kek span yang dihias dengan mewah dipanggil gateau, sempena perkataan Perancis yang bermaksud kek.
6) Kek sememangnya memainkan peranan penting dalam perkahwinan. Menurut sejarah kek, zaman dahulu kek tidak dipotong semasa majlis perkahwinan tetapi mereka sama ada memecahkan sebuku besar roti besar di atas kepala pengantin perempuan atau hanya membuang keping roti ke atas beliau. Roti tersebut akan dikutip oleh para tetamu sebagai good luck.
7) Pernah dengar Pai Whoopie? Pai whoopie ialah kek yang lapisan tengahnya diisi dengan krim. Ketika petani keluar bekerja, wanita Amish membuat pai ini dan menghantarnya di dalam lunch box para petani. Petani merasa terkejut dan gembira, lalu mereka menjerit “Whoopie!”. Inilah asalnya nama pai whoopie. Sejarah kek yang menarik kan?
Kek keju walaupun dipanggil kek, sebenarnya bukanlah benar-benar kek tetapi adalah pai kastad. Malah, isinya dibuat daripada beberapa jenis keju pilihan seperti keju krim, mascarpone, ricotta dan sebagainya. Sedikit atau tiada tepung ditambah, walaupun basenya boleh berasaskan tepung.
Sejarah kek keju juga sangat lama, dengan bukti kek yang dimaniskan dengan madu sejak zaman Greece purba. Semasa Sukan Olimpik pertama, atlet diberi kek keju.
9) Kek tertinggi didunia adalah setinggi 33 m dan telah dibuat oleh Sekolah Kulinari Hakasima-Nilasari untuk acara Amazing Christmas, dipamerkan di Senayan City, Jakarta, Indonesia, mulai 28 November hingga 8 Dis 2008
.
Dimensi kek ialah: ketinggian 33 m, lebar 9 m dan berat 18.143,69 kg.
Bahan-bahan termasuk: 1750 kg gula aising, 1620 kg gula, 1620 kg marjerin, 162 kg susu tepung, 243 kg coklat serbuk, 100 liter gula cair, 3240 kg telur.
10) Dalam sejarah kek, lama dahulu seorang perempuan telah makan kek red velvet di sebuah restoran dan amat menyukainya. Beliau telah meminta resipi kek tersebut dan telah dikenakan bayaran $100. Beliau telah menghantar resipi kek tersebut melalui email berantai kepada beribu-ribu orang kerana membalas dendam.

Tuesday, 9 June 2015

Tak kenal maka tak cinta". Samalah dalam segala hal, sekiranya kita tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang sesuatu, kita akan kurang menghargai sesuatu. Penghargaan itu adalah dari CINTA. CINTA itu boleh membuatkan kita memahami sesuatu, baik dan buruk. Itulah fitrah duniawi. Kena ada balance, yin dan yang. And that's why saya menceritakan sejarah vanilla beans supaya kita lebih menghargainya sebagai anugerah Allah kepada alam semesta. 

Asalnya, pokok orkid vanilla adalah dari Tenggara Mexico yang mana ianya ditanam oleh kaum Totonac Indian. Dan sekitar abad ke 14, kaum totonac dijajah oleh kaum Aztec. Mereka menggunakan vanilla beans sebagai rempah ratus memperisakan minuman coklat. Minuman ini dipanggil xocolatl (coklat) yang bermaksud air yang pahit. Kaum Aztec mengisar koko, vanilla beans dan air hingga menjadi pes dan campur dengan madu dan rempah kayu manis, cili dan halia. Adakalanya ditambahkan lagi dengan jagung kisar untuk memekatkan lagi pes tersebut. 

https://lh4.googleusercontent.com/-pUiSG5Ht9mI/Tiuo4esbm1I/AAAAAAAAAEc/J_DBIBZOwvM/s288/1311484134483.jpeg

Setibanya 'conqueror' sepanyol, Hernando Cortes, tiba di Mexico pd tahun 1519, pemerintah Aztec, Montezuma, & rakyatnya beranggapan Cortes adalah tuhan yang turun kepada mereka seperti ramalan mereka. Lalu Montezuma menghidangkan minuman coklat tersebut kepada Cortes dan Cortes jatuh cinta dgn minuman tersebut. Disebabkan buah koko boleh dikirakan sebagai matawang Aztec ketika itu, Cortes membuat keputusan utk menanam pokok koko dan pokok orkid vanilla sendiri di Mexico sebagai sumber kekayaannya di Mexico.

Kemudian, tercatat dalam sejarah, Cortes mengalahkan kaum Aztec. Dan pada tahun 1521, dia membawa balik koko dan vanilla beans ke Sepanyol. Namun, kos import terlalu mahal, hanya golongan bangsawan Sepanyol sahaja mampu menikmati minuman coklat ini. 

https://lh4.googleusercontent.com/-xCZQ0Dlk6pc/Tiuo4ktqZ-I/AAAAAAAAAEg/L6v3yJyhntE/s288/1311484138336.jpeg

Macam mana Spanish merahsiakan 'emas-emas hijau' ini, akhirnya orang - orang bangsawan perancis mengetahui tentang kewujudan minuman "xocolatl". Koko dan vanilla beans menjadi sesuatu trend terkini pada ketika itu. Cortes mula menanam koko di kepulauan Caribbean, Java, Trinidad & Haiti disamping ladangnya (koko dan vanilla) di Mexico. Dan ini telah menjadikan Cortes mewah kerana hasil bumi dan pemintaan yang tinggi. Ketika itu, hanya orang sepanyol memonopoli pasaran koko dan vanilla beans.

Pada 1602, orang orang Perancis menyedari bahawa vanilla boleh dijadikan satu rasa tersendiri tanpa kehadiran koko. Malangnya, pokok orkid vanilla yang ditanam luar Mexico tidak berbuah kerana lebah Melipona tidak boleh hidup di luar Mexico. Lebah Melipona ini bersama hummingbird yang mensenyawakan bunga orkid hingga dia berbuah. 

Namun 2 abad kemudian, pada 1841 di Isle De Bourbon atau Bourbon Island atau nama sekarang Madagascar, 1 teknik senyawa tangan berjaya dihasilkan seorang hamba bernama Edmond Albius dan teknik ini digunakan sehingga hari ini untuk mengembangkan lagi produksi vanilla beans dalam industri pertanian.

https://lh3.googleusercontent.com/-D2Ghkk_Kum8/Tiuo5KjXaeI/AAAAAAAAAEk/gpA9Qw7KOP4/s288/1311484139749.jpeg

So sekarang kita dah tahu sejarah vanilla beans agar kita lebih menghargai anugerah tuhan kepada kita. Sebenarnya saya pening kepala dengan fakta fakta sejarah ini,