Tuesday, 9 June 2015

ASAL USUL VANILA

Hampir dari kita semua tahu tentang vanilli atau vanilla, tapi aakah Anda juga tahu tentang sejarah atau asal-usul vanilla itu sendiri?berikut adalah penemuan fakta tentang vanila :
Vanili (Vanilla planifolia) adalah tanaman penghasil serbuk vanili yang biasa dijadikan pengharum makanan. serbuk ini dihasilkan dari buahnya yang berbentuk polong.
Tanaman vanili ditemui pertama kali oleh orang-orang Indian di Mexico, negara asal tanaman tersebut. Nama daerah dari vanili adalah panili atau perneli.
Morfologi Vanili
Saiz batang tanaman vanili kira-kira sebesar jari, berwarna hijau, agak lunak, beruas dan berbuku. Panjangnya lebih kurang 15 cm. Tumbuhan melekat pada pohon atau tonggak yang telah disediakan.

Rangkaian bunga vanila adalah bunga tandan yang terdiri dari 15-20 bunga. Bunga keluar dari sisi daun bahagian pucuk batang. Bentuk bunganya duduk, berwarna hijau-biru agak pucat, panjang 4-8 cm dan berbau agak harum.

Bunga vanila terdiri dari 6 daun bunga (3 sepal, 3 petal) yang terletak dalam dua lingkaran. Daun bunga bahagian luar (sepal) sedikit lebih besar daripada bahagian dalam petal. Satu dari petalnya berubah bentuk, menggulung seperti corong yang disebut bibir (rostelum).
Pembiakan

Di Mexico tanaman vanili dapat berbuah kerana ada serangga yang membantu penyerbukannya.

Putik pada bunga vanila tertutup oleh bibir, sehingga pendebungaan secara semulajadi terhalang, kepala sari (anther) berisi dua butir tepung sari, letaknya lebih tinggi daripada kepala putik. Keistimewaan dari bunga vanila iaitu kepala Putiknya berisi cecair pelekat. Bila tepung sari diletakkan disana akan segera melekat dan terjadilah pembuahan.

Bunga vanila yang telah mekar hanya dapat bertahan satu hari. Jika bunga yang telah mekar itu tidak segera dikahwinkan, akan layu dan kemudian gugur. Oleh sebab itu harus sering keliling kebun untuk mengawal perkembangan vanila.

Masa yang baik untuk mengawinkan bunga vanila adalah pada pagi hari. Hari-hari basah dan kering sekali tidak baik untuk pendebungaan. Berjaya atau tidaknya pendebungaan akan kelihatan selepas dua atau tiga hari. Bunga yang berjaya didebungakan akan berubah warnanya menjadi lebih pucat. Enam buah daun bunganya akan layu tetapi tangkai bunganya tetap melekat pada tandan bunga. Bunga yang tidak berjaya didebungakan akan gugur. Setelah terjadi pembuahan antara 10-15 buah, bunga pada tandan yang masih kuncup sebaiknya dipangkas, agar zat makanan yang dihisap oleh tanaman terkumpul pada pembentukan dan pembesaran buah.

Pada masa bunga mekar, panjang  buah 2-4 cm dengan garis tengah 5 mm. Satu minggu selepas pendebungaan bakal buah itu boleh mencapai panjang 8-10 cm. Lima minggu kemudian buah telah mencapai panjang maksimum 20-25 cm, dengan garis tengah 1,5 cm. Setelah buah mencapai perkembangan yang maksimum, lima atau enam bulan kemudian buah akan masak.

Warna buah mula-mula hijau muda, kemudian hijau tua disertai dengan garis-garis kuning menjelang masak. Buah yang telah masak berwarna coklat tua. Jika dibiarkan masak di pokok, buah akan pecah menjadi dua bahagian, dan menyebarkan aroma vanila. Biji buah kecil-kecil, banyak sekali jumlahnya, berwarna hitam dan berukuran kira-kira 0.2 mm.

No comments:

Post a Comment