Sunday 14 June 2015

Pemilik Syarikat Pemborong Beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd

 
Faiza Bawumi Sayed Ahmad adalah pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd. pada tahun 1964, wanita kelahiran Mesir ini telah berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya.  Pada ketika itu, beliau mampu menguasai Bahasa Melayu dan fasih berbahasa Melayu setelah hanya tiga bulan di Malaysia kerana sifat beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran jirannya. Meskipun  sudah berusia lingkungan 60an, beliau yang mempunyai tujuh orang anak dan juga seorang nenek kepada 32 cucu sibuk masih giat merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini. 
                                                         
Wanita yang berperwatakan lembut itu sebenarnya seorang yang tegas. Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan perlu berada di landasan betul sekali gus mencatatkan keuntungan saban tahun. Puan Faiza yang memangnya dilahirkan dalam keluarga yang juga bergiat dalam perniagaan. Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, beliau pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan.
Setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yg pertama, beliau mengikut  suaminya berhijrah ke Malaysia. Puan Faiza mencari aktiviti berfaedah yg boleh dilakukannya bagi mengelakkan masanya terluang begitu sahaja. Beliau bermula dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM4 dan menjual pelbagai barangan dapur. Beliau juga membeli kain ela dan membuat baju gaun untuk anak-anak kecil jiran-jirannya. Kemudian beliau menghasilkan set sarung bantal. Hasil jahitannya yang cantik dan kemas dijual kepada kawan-kawannya. Seterusnya, beliau berniaga set ensiklopedia, diikuti bisnes pinggan mangkuk. Melalui bisnes kecil kecilan ini, beliau menabung wang bagi menjadikan modal bisnes seterusnya.

Beliau berminat pula menghasilkan rempah kari. Beliau membeli pelbagai rempah ratus seperti ketumbar, jintan, halba, cili kering, cengkih dan sebagainya untuk membancuh ramuan-ramuan tersebut bagi menghasilkan rempah kari ikan dan daging di bawah jenama Bunga Raya. Semuanya dilakukan sendiri di rumah, daripada mencuci, menjemur dan menggoreng rempah ratus tersebut. Kemudian, beliau menghantarnya ke kedai bagi dikisar dan diedarkan.

Selang beberapa tahun kemudian, Puan Faiza membeli pula sebuah mesin pengisar dan membuka kedai runcit dengan modal daripada menjual rempah kari itu. Dari situ beliau mendapati bahawa pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain. Beliau mula belajar pelbagai jenis beras. Puan Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam setelah mendapat maklumbalas positif atas usaha selidik beliau pergi dari satu kedai ke satu kedai bagi mendapatkan respon sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Para pelanggan yang melanggan rempahrempah beliau turut membeli beras daripadanya.

Pada permulaan, beliau agak buntu melihat satu lori treler penuh berisi beras diletakkan di hadapan rumah, namun beliau nekad dengan berusaha membungkus menggunakan jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai-kedai di seluruh Johor.

Perniagaan beliau mendapat sambutan walaupun mendapat persaingan yang agak sengit. Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan dengan sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras “Ponni”.  Menerusi produk berkualiti dan berkhasiat sesuai untuk pesakit seperti pesakit diabetis, SFSB memperkenalkan beras  “Ponni” ini ke seluruh Malaysia.

Syarikat beliau kini telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal. Beliau berharap dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa was-was meragui status halalnya.

Puan Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar dan turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat. Kejayaan beliau sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.Puan Faizah berkata semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah. 

Puan Faiza menyarankan agar umat Islam di negara ini supaya hidup bersatu padu supaya tidak mudah ditindas oleh bangsa lain dan hubungan yang kukuh sesama umat Islam bukan sahaja mampu memajukan masyarakat Islam di negara ini, malah mampu meningkatkan kedudukan ekonomi masyarakat tersebut.

Puan Faiza berkata pengalamannya berniaga, termasuk berurusan dengan bangsa lain membuka mindanya untuk menyedarkan masyarakat Islam khususnya orang Melayu betapa perlunya mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain seperti yang diamalkan bangsa lain. Beliau sentiasa mencontohi keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dalam menjalankan kehidupan seharian, terutama amanah dan gigihnya Baginda Rasullulah dalam menjalankan perniagaan serta dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin.
Syarikat Faiza telah ditubuhkan pada 1982 bersempena dengan nama pemilik syarikat iaitu Faiza Bawumi Sayed Ahmad. Syarikat ini melakukan aktiviti peruncitan sebagai perniagaan terasnya. Pada 1992, Syarikat FAIZA secara rasmi ditubuhkan di bawah Syarikat FAIZA Sdn. Bhd. (SFSB), dan menjalinkan modal usaha dengan Padiberas Nasional (BERNAS) pada tahun 1997.

Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan dengan sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras “Ponni”. Setelah melihat pontensi beras “Ponni”, SFSB memperkenalkan beras tersebut  yang dipercayai baik untuk kesihatan, khususnya bagi penghidap diabetes, obesiti dan darah tinggi. Hingga hari ini di bawah jenama Taj Mahal, beras Faiza herba Ponni  telah diedarkan seluruh Malaysia.

SFSB juga telah menghasilkan pengeluaran padi yang lain seiring dengan permintaan pengguna seperti Basmathi, beras Fragrant, Thai Super Special dan beras Local. SFSB telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal.

SFSB kini mempunyai tiga buah kilang di Selangor, Kedah dan Terengganu. SFSB mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak.

SFSB kini juga meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili dan kicap selain dari beras dan rempah. Bagi produk bihun pula, syarikatnya telah menempah mesin dari China dan produk itu akan diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading. Kilang tersebut mampu mengeluarkan sebanyak sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM12 juta bagi tahun pertama.

Kekuatan SFSB, terletak pada daya penggerak yang bertenaga dan profesional dengan pengetahuan luas dan berpengalaman dalam bidang masing-masing, yang mana ianya persediaan bagi bersaing dalam senario perniagaan beras. Ini ialah kerana di SFSB, tiada tolak ansur mengenai kualiti. SFSB sentiasa memandang ke hadapan untuk teknik-teknik lebih baik, cara lebih baik menjanakan, menyampaikan, berkomunikasi, menggalakkan, untuk memberi khidmat, menjual. SFSB percaya yang kejayaan boleh dicapai daripada apa yang dibuat dengan penuh kesungguhan.

Pengenalan Penubuhan Produk Adabi


PENGENALAN
Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (ACISB) merupakan syarikat induk dan salah satu peneraju utama di Kumpulan Adabi. ACISB dikelola dan diteraju secara professional dan berpandu sepenuhnya pada produk dengan memberi penekanan yang sama terhadap Penyelidikan & Pembangunan serta Jualan & Pemasaran. Menyenaraikan produk lebih dari 60 jenis produk di bawah 6 kategori berikut : serbuk rempah campuran, pes sedia proses, campuran tepung, Sos, makanan dalam tin dan minuman.  
Memiliki kumpulan penyelidik yang kuat dan kreatif, yang sentiasa berdedikasi untuk mencipta produk makanan baru dan inovatif. Syarikat telah berkembang dengan pesat, iaitu daripada 25 kakitangan dan jualan tahunan sebanyak RM2 juta pada tahun 1984, sehingga ke kedudukan saat ini yang mana mempunyai lebih dari 400 anggota dan mensasarkan jualan tahunan sebanyak RM120 juta dapat dikaitkan dengan kejayaan syarikat yang telah berjaya memperkenalkan pelbagai produk baru sepanjang beberapa dekad.
Adabi telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan di atas komitmen yang telah diberikan terhadap memastikan kualiti produk keluaran. Bahkan, produk Adabi adalah yang pertama untuk menerima sijil Halal dari Jabatan Hal Islam dari Jabatan Perdana Menteri. Di antara anugerah yang lain yang dimenangi adalah Superbrand Status (Reader's Digest Malaysia), International Makanan & Minuman Award (New Millenium Award - Paris) dan Anugerah Kecemerlangan Industri (MITI) dan Anugerah Produk Terpuji (Institut Teknologi Pangan Malaysia).
SEJARAH PENUBUHAN SYARIKAT ADABI SDN BHD
Dato' Syed Manshor Bin Syed Mahmood
Pengasas / Pengarah Urusan
Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd

Pengasas dan pemilik Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. Membangunkan syarikat dan peneraju utama sejak penubuhannya pada bulan Mac tahun 1984. Juga merupakan antara perintis utama Kumpulan Adabi - aktif semasa '70-an dalam pendidikan swasta. Menjadi Pengerusi kepada semua anak-anak syarikat di bawah Kumpulan Adabi. Menyelia pengurusan syarikat.


Pada tahun 1984, kumpulan pertama produk-produk ADABI dihasilkan di sebuah kilang kecil bertempat di Kawasan Perindustrian Ringan Batu Caves. Semenjak itu, usaha kami telah berkembang dengan pesat. Dari Batu Caves, ADABI telah berpindah ke kilang-kilang yang lebih besar di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Kepong pada tahun 1986 dan membina kilang pemprosesan tambahan di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Ehsan pada tahun 1990 dan 1992. Di atas permintaan pelanggan yang kian bertambah, syarikat berpindah ke premis kilang dan pejabat milik persendirian yang terletak di Taman Perindustrian Bersepadu Rawang pada November 1996 bagi menampung keperluan pasaran dan pelanggan. Terletak di kawasan seluas 4 hektar, yang merangkumi pusat pengeluaran, gudang, bangunan pejabat dan kemudahan pentadbiran Adabi yang lain.

Haji Lambak Mohamad Pengasas Kicap Cap Kipas Udang

Pengasas disebalik jenama kicap ini adalah Datuk Hj Lambak Mohamad. Beliau memulakan perniagaan beliau kira-kira 25 tahun yg dahulu apabila menubuhkan Zara Foof Industries secara kecil-kecilan dengan menyewa sebuah kilang dan memasarkan jenamanya kicapnya disekitar banda Johor Baharu..
                     

Memulakan perniagaan dengan bermodalkan RM40,000, beliau tidak menoleh kebelakang bagi memastikan jenama Kicap kipas udang meniti dibibir rakyat Malaysia. Kawalan kualiti product yg baik serta komitmen pekerja-pekerja syarikat beliau yg sama-sama berkongsi visi yg sama, beliau mencatat jualan bulanan sebanyak RM120,000 sebulan.

Beliau tidak kedekut untuk melabur kembali keuntungan syarikat kepada mempromosikan jenama beliau dan menambahbaikkan kualiti produk beliau. Beliau berani mengambil langkah drastik dan besar dalam mempromosikan jenama beliau di Television. Penambahbaikan juga dapat dilihat dari proses pembungkusan jenama kicap tersebut yg terdapat pada penutup botol kicap tersebut yg semakin moden dan selamat.

Kini, jualan bulanan Kicap kipas udang berjumlah RM6Juta sebulan dan merangkumi kepada kepelbagaian produk seperti sos,kaya dan lain-lain lagi. Jenama kipas udang ini juga telah melangkau jauh ke Asia Barat dan Negara-negara Asean. Dengan jualan syarikat mencecah RM82juta setahun, syarikat ini melangkah setapak lagi dengan penubuhan bangunan syarikat yg bernilai RM35juta di bandar perindustrian Larkin.

Kesungguhan untuk berkembang juga dapat dilihat dengan pelaburan RM10 juta dalam meningkatkan teknologi dalam penghasilan barangan pengguna selain makanan.Ini akan meliputi barangan pengguna seperti minuman isotonik,bahan pencuci pakaian dan ubat gigi.

Siapa sangka, hanya menjual kicap..syarikat ini sekarang bernilai puluhan JUtaaan ringgit...Yang penting, selagi ada keperluan dan kehendak, disitu ada peluang...

sejarah penciptaan kon aiskrim

            
Kon ais krim yang anda sedang lihat sekarang ini sebenarnya bukanlah dicipta dengan sengaja.  Ia wujud pada tahun 1904 di mana penjual  aiskrim pada masa itu telah kehabisan pinggan.  Dia kemudian berfikir dan menemui cara untuk menjual aiskrim tersebut.  Caranya adalah dia menggulungkan waffle dan meletakkan aiskrim di atasnya.  Maka dari itu terciptalah aiskrim kon.


Di Amerika Syarikat, kon aiskrim telah dipopularkan pada dekad pertama abad ke-20. Pada 13 Disember 1904, yang New Yorker bernama Italo Marchioni menerima AS paten untuk acuan untuk membuat cawan pastri untuk memegang aiskrim.Marchioni mendakwa bahawa dia telah menjual aiskrim di pemegang pastri yang boleh dimakan sejak tahun 1896. Walau bagaimanapun , paten Marchioni itu bukan kerana kon dan dia kehilangan tindakan undang-undang bahawa dia kemudiannya difailkan terhadap pengeluar kon bagi pelanggaran paten.


Abe Doumar dan keluarga Doumar juga boleh menuntut kredit untuk kon aiskrim. Pada usia 16 Doumar mula menjual paperweights dan barangan lain. Pada suatu malam, dia membeli sebuah wafel dari vendor lain dipindahkan ke Norfolk, Virginia dari Ghent di Belgium, Leonidas Kestekidès. Doumar meneruskan untuk menggulung wafel dan letakkan satu sudu aiskrim di atas. Beliau kemudian mula menjual kon di Ekspo St Louis. Kon-Nya adalah satu kejayaan yang telah mereka mesin pembakar empat besi dan mempunyai faundri yang membuat untuk dia. Pada Ekspo Jamestown itu pada tahun 1907, beliau dan saudara-saudaranya menjual hampir dua puluh tiga ribu kon. Selepas itu, Abe membeli setengah automatik mesin 36-besi, yang menghasilkan 20 kon seminit dan membuka Doumar itu Drive Dalam di Norfolk, Virginia, yang masih beroperasi di lokasi yang sama lebih 100 tahun kemudian


Dr. John Stith Pemberton ahli farmasi yang mencipta minuman Coca-Cola yang terkenal



COCA-COLA telah dikenal sebagai merek minuman ringan paling terkenal di dunia dengan penjualan terbesar sepanjang sejarah.






Coca-Cola telah menjadi salah satu jenama paling berharga dan berjaya dalam sejarah industri moden.Dikenali pula sebagai 'coke', Coca-Cola diyakini menjadi minuman ringan terlaris dunia.
Minuman berkarbonat ini berjaya mempertahankan popularitinya selama lebih dari satu abad walaupun harus menghadapi banyak saingan, dengan Pepsi dianggap sebagai pesaing kuat.

Penemuan Coca-Cola

Walaupun pengambilan berlebihan minuman berkarbonat dianggap menimbulkan risiko kesihatan, menariknya, orang yang mencipta Coca-Cola adalah seorang ahli farmasi!
Dr. John Stith Pemberton, seorang ahli farmasi tempatan dari Atlanta, Amerika Syarikat, adalah yang mencari Coca-Cola.
Dia membuat resipi pertamanya dalam tiga cerek tembaga di laman belakang rumahnya. Pemberton lantas membawa minuman racikannya ke farmasi Jacob dan mula mempromosikannya.
Minuman ini pertama kali dijual di farmasi yang sama pada 8 Mei 1886. Kira-kira sembilan hidangan minuman terjual setiap harinya dengan harga 5 sen untuk setiap hidangan.
Sebelum mencari resipi Coca-Cola, John S. Pemberton telah lama taksub mencari ubat sekaligus minuman yang boleh menyembuhkan pelbagai aduan.
Selama masa itu, laporan tentang manfaat kesihatan dari tanaman coca (koka) telah banyak tersebar.
Coca dikenali sebagai perangsang, afrodisiak dan juga mempunyai sifat melancarkan pencernaan. Dengan begitu banyak kegunaan, coca menjadi tanaman yang dicari Pemberton.
Angelo Mariani, seorang Corsica telah lebih dulu membuat wain coca (coca wine), yang disebut Vin Mariani dan mendapat kejayaan besar di Eropah.
Banyak selebriti, termasuk Thomas Edison, Ratu Victoria dan bahkan tiga Paus diyakini menjadi penyuka minuman ini.


1886

AWAL KESEGARAN

AWAL KESEGARAN

COCA-COLA pertama kali disajikan pada tanggal 8 Mei 1889 di Jacob’s Pharmacy. Sebanyak sembilan minuman telah terjual sepanjang tahun.


NAMA ITU TELAH LAHIR

Seorang akuntan perusahaan bernama Frank Robinson memberi nama untuk COCA-COLA dan menggunakan bentuk tulisan Spencerian yang terkenal untuk kedua huruf C agar terlihat menarik.


1899

DI DALAM KEMASAN BOTOL

COCA-COLA dalam kemasan botol pertama kali dibuat pada tahun 1899 dengan menggunakan botol berbentuk Hutchinson.


1900

DUKUNGAN PARA BINTANG

Seorang penyanyi opera bernama Hilda Clark adalah selebriti pertama yang menjadi bintang iklan COCA-COLA dalam berbagai media, termasuk nampan, poster, dan pembatas buku.


1915

KONTUR BOTOL

Prototipe kontur botol COCA-COLA didesain oleh Alexander Samuelson

Minuman Pepsi Cola yang terkenal

Pepsi-Cola, yang asalnya bernama "Minuman Brad" ("Brad's drink"), direka pada awal 1890-an oleh ahli farmasi Caleb Bradham di New Bern,
  
 Carolina Utara,Amerika Syarikat. Pada 28 Ogos 1898, nama "Minuman Brad" ditukar menjadi "Pepsi-Cola" dan kemudiannya nama itu didaftar pada 16 Jun 1903. Oleh sebab Pepsi pada asalnya bertujuan untuk mengubati sakit perut, Bradham memperoleh nama Pepsi dari penyakit dispepsia (sakit perut atau ketakcernaan). Minuman itu dibuat daripada air berkarbonatgulavanilaminyak patipepsin dan buah kola.
Pada tahun 1903, Bradham berpindah pembotolan Pepsi-Cola dari gedung ubatnya ke sebuah gudang sewa. Pada tahun itu, Bradham menjual 7,968 gelen sirap, dan pada tahun berikutnya, Pepsi dijual dalam botol enam auns dan jualan meningkat ke 19,848 gelen. Pada 1905, Pepsi bertukar logonya buat kali pertama sejak reka bentuk aslinya pada 1898, dan pada 1906, logonya ditukar lagi sekali. Pada tahun yang sama, kerajaan Amerika Syarikat meluluskan Akta Makanan dan Drug Tulenyang mengharamkan bahan-bahan seperti arsenikplumbumbarium, dan uranium daripada makanan dan minuman. Ini memaksakan Coca-Cola menukarkan rumusan mereka; bagaimanapun, Pepsi-Cola telah tidak mengandungi bahan-bahan tersebut, dan menuntut bahawa mereka telah mematuhi keperluan undang-undang yang baru itu.
Pada 1909, perintis perlumbaan automobil Barney Oldfield menyokong Pepsi-Cola dalam iklan surat khabar yang mengatakan "Minuman buli... menyegarkan, mencergaskan, perteguhan yang baik sebelum perlumbaan". Pada tahun 1923, Pepsico menjadi muflis disebabkan oleh harga gula yang tinggi kerana Perang Dunia II. Hartanya dijual dan Roy C. Megargel membeli tanda niaga Pepsi.Lapan tahun kemudian, syarikat itu menjadi muflis semula, dan menyebabkan perumusan semula sirap Pepsi-Cola. Dalam tahun-tahun berikutnya, minuman itu mencapai kepopularan dan pada tahun 1934, syarikat itu memperkenalkan minuman 12-auns buat pertama kali. Pada tahun 1964, kelainan Diet Pepsi diperkenalkan, dan merupakan minuman diet bergas yang pertama di Amerika Syarikat.
Pada 1980, Pepsi memperkenalkan kempen pemasaran "Cabaran Pepsi" yang mana Pepsico membuat ujian rasa buta antara Pepsi-Cola dan pesaing Coca-Cola. Dalam ujian-ujian rasa buta itu, kebanyakan daripada peserta memilih Pepsi sebagai minuman yang lebih sedap. Pepsi menggunakan kelebihan kempen itu untuk melaporkan keputusan ujiannya dalamiklan televisyen kepada orang awam. 
Sedangkan sebahagian mendakwa bahawa rasa Pepsi serupa sahaja dengan Coca-Cola, ada yang mengatakan bahawa mereka dapat mengesankan perbezaannya. Pada masa dahulu, perbezaan antara rasa Pepsi dan Coke adalah lebih besar daripada perbezaan hari ini. Sewaktu rasa Pepsi menjadi lebih popular, Coca-Cola menyesuaikan rasa minumannya supaya lebih mendekati rasa Pepsi (Coke Baru). Walaupun Pepsi mendakwa bahawa ini merupakan suatu kemenangan untuk kolanya, Coca-Cola tidak lama kemudian mengembalikan rumusannya kerana peminum-peminumnya lebih menyukai Coca-Cola yang tidak bertukar, walaupun pengujian menunjukkan bahawa rasa Coke yang baru adalah lebih baik.

Penubuhan kilang teh BOH diMalaysia

                  
BOH Plantations Sdn. Bhd. Adalah yang  pengeluar teh hitam terbesar di Malaysia, dengan kedua-dua pengedaran domestik dan antarabangsa. The BOH Tea Plantation, yang terletak di Cameron Highlands, Pahang, Malaysia juga merupakan ladang teh terbesar di Malaysia.

Latar belakang. BOH Plantations telah ditubuhkan pada tahun 1929 oleh JA Russell, seorang ahli perniagaan British berpendidikan British yang dilahirkan semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Russell tiba di Kuala Lumpur pada usia tujuh tahun, pada tahun 1890; eksport utama ketika itu timah. Sebelum BOH, Russell telah bekerja di Selat Trading Company, belajar untuk bercakap beberapa dialek Cina (plus Bahasa Melayu) dan membuat hubungan dengan pelombong timah Cina. Selain melabur dalam tin, Russell dan saudara-saudaranya (Philip, Donald dan Robert) melabur dalam industri getah yang baru muncul pada tahun 1908. JA dan Philip juga telah melabur dalam pembinaan keretapi yang berkaitan, termasuk Stesen keretapi Kuala Lumpur. Pada tahun 1913, Russell membeli hampir satu pertiga daripada hartanah di bandar Ipoh. Dia dan Donald (jurutera perlombongan dari Colorado School of Mines) menubuhkan lombong batu arang di Batu Arang, Selangor kira-kira 25 kilometer dari ibu negara.

Sejarah. Walaupun Kemurungan seluruh dunia pada masa yang BOH telah ditubuhkan pada tahun 1929, Russell optimis tentang perniagaan ladang teh, disebabkan oleh permintaan yang stabil. Russell telah diberikan Konsesi tanah (bersama-sama dengan veteran teh penanam AB Milne dari Ceylon) untuk pertama taman teh BOH di Habu (ia juga merupakan taman teh pertama di Cameron Highlands). Pada masa itu, tanah itu adalah kawasan hutan yang belum dibangunkan, di cerun curam; dengan memaksakan dan keldai pasukan, perladangan melangkah dicipta.

Hari ini, BOH Plantations mempunyai tiga taman-dalam teh Habu (asal), Fairlie Tea Garden, dan Sungai Palas Tea Garden. Terdapat pembungkusan-kilang berhampiran taman utama.