Monday 8 June 2015

  Ramai di kalangan kita suka makan aiskrim.Tapi tak ramai dari kita tahu sejarah terhasilnya aiskrim.dalam blog ini akan menerangkan sejarah terciptanya aiskrim.Ais krim (berasal dari perkataan awal krim ais iaitu produk beku, biasanya ia dimakan sebagai snek atau pencuci mulut, produk fromdairy biasanya dibuat, seperti susu dan krim, dan sering digabungkan dengan buah-buahan atau bahan-bahan lain dan perisa. Ia biasanya manis.bahan yang biasa digunakan ialah withsucrose, sirap jagung, gula tebu, gula dan pemanis lain. Biasanya, perasa dan pewarna ditambah sebagai tambahan kepada penstabil. Campuran dikacau untuk menggabungkan ruang udara dan disejukkan di bawah takat pembekuan air untuk menghalang kristal ais dikesan daripada terbentuk. Hasilnya adalah licin,Maksud perkataan "ais krim" berbeza bagi setiap negara.maksud perkataan seperti "kastard beku", "yogurt beku", "sorbet", "gelato" dan lain-lain yang digunakan untuk membezakan jenis gaya dan berbeza. Rasa aiskrim yang paling popular di Amerika Utara (berdasarkan kaji selidik pengguna) adalah vanila dan coklat. 

Ais Krim Bermula Di China
Image result for china
Sejarah kewujudan aiskrim dikatakan berasal dari China. Ini kerana sekitar 200 sebelum Masihi campuran susu beku dan nasi telah di gunakan di China. Merujuk kepada Maguelonne Toussaint-Samat di dalam bukunya yang bertajuk “History Of Food”, rakyat China seharusnya diberi penghargaan kerana telah mencipta alat atau kaedah untuk membuat aiskrim.
Dimana rakyat China telah meletakkan campuran salji dan garam menutupi bekas yang di isi dengan sirap. Ini kerana garam berfungsi untuk meningkatkan takat didih air dan juga boleh merendahkan takat beku dibawah kosong.
Pada zaman dinasti Song (960-1279) dibawah pemerintahan Maharaja Ying Zong, satu sajak yang mengisahkan berkenaan aiskrim telah dicipta oleh Yang Wanli. Pada zaman Dinasti Yuan, Kublai Khan menikmati aiskrim dengan tenangnya dimana resipi dan cara pembuatan aiskrim adalah kekal sebagai rahsia diraja sehinggalah Marco Polo datang membuat lawatan sambil belajar ke negara China.
Marco Polo telah mempelajari dan mengambil teknik pembuatan aiskrim dan membawanya pulang ke Italy, negara Eropah dan Amerika.
Antara versi lain yang menceritakan sejarah awal kewujudan ais krim ini dikatakan Nero Claudius Caesar dari Empayar Rome pada tahun 54-86 selepas Masihi. Beliau telah mencadangkan untuk membuat makanan daripada salji yang diambil dari puncak gunung dimana salji yang diambil itu dimakan bersama buah dan jus.
Ada juga yang meriwayatkan bahawa ais krim dibawa dari China ke Eropah oleh King Tang of Shang 618-97 sebelum Masihi, di mana beliau telah menemui cara untuk membuat ais krim daripada susu. Versi ini mungkin hanya satu rekaan kerana zaman pemerintahan King Tang of Shang adalah pada tahun 1675-1646 sebelum Masihi.

Sejarah Perkembangan Yang Membawa Kepada Kemasyuran Ais Krim

Ice_cream_around_the_world_by_StefzJez

Carlo Gatti

Pada pertengahan abad ke-18, aiskrim merupakan satu juadah yang boleh dinikmati  bagi orang kebiasaan di kawasan Mediterranean. Di England kemasyhuran aiskrim bermula pada pertengahan abad ke-18, segalanya bermula dari seorang pendatang Swiss yang bernama Carlo Gatti apabila beliau membuka sebuah gerai aiskrim di luar stesen Charing Cross pada tahun 1851.
Pada tahun 1860 sejajar dengan perkembangan dan kemajuan perniagaan aiskrim beliau, Carlo Gatti mula mengimport aiskrim dari Norway secara besar-besaran. Carlo Gatti telah dikreditkan sebagai orang pertama yang membolehkan orang ramai menikmat aiskrim melalui gerai beliau.
Agness Marshall “Ratu Ais”
agnes marshall
Agness Marshall yang digelar sebagai “Ratu Ais” di England merupakan individu yang bertanggungjawab mempopularkan resipi membuat aiskrim dan membuatkan aiskrim boleh dinikmati oleh golongan pertengahan.
Disamping mengendalikan kelas masakan kepada orang ramai Agness Marshall juga telah menulis empat buah buku yang bertajuk Ices Plain and Fancy: The Book of Ices (1885), Mrs. A.B. Marshall’s Book of Cookery (1888), Mrs. A.B. Marshall’s Larger Cookery Book of Extra Recipes (1891) and Fancy Ices (1894). Beliau juga telah mencadangkan idea penggunaan cecair nitrogen dalam pembuatan aiskrim.

Ais Krim Soda

Aiskrim soda atau float dicipta pada tahun 1870-an. Kewujudan aiskrim soda ini telah meningkatkan lagi popularity aiskrim. Pada tahun 1874 seorang warga Amerika bernama Robert Green telah mengaku bahawa beliaulah yang menyumbang kepada kewujudan aiskrim soda ini, tetapi beliau tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menyokong kenyataannya itu. Maka dari sini wujudlah “coke float” dan “root beer float” sehingga ke hari ini.

Ais Krim Sundae

Aiskrim sundae mula wujud pada penghujung abad ke-19. Terdapat beberapa orang individu yang telah mengaku bahawa merekalah orang yang pertama mencipta aiskrim sundae, tetapi seperti Robert Green juga dakwaan mereka tidak disusuli dengan bukti yang dapat menyokong pengakuan mereka.
Ada sumber menyebut aiskrim sundae terhasil disebabkan oleh bantahan terhadap Blue Laws, dimana mengikut Blue Laws pada setiap hari Ahad penjualan barang-barang tertentu termasuk soda adalah dilarang.
Selain individu terdapat juga beberapa buah bandar seperti Buffalo, Two Rivers, Ithaca, dan Evanston mengaku bahawa aiskrim sundae berasal dari bandar mereka.

Ais Krim Kon

Populariti aiskrim kon dan banana split mula meningkat naik pada awal abad ke-20. Sebutan pertama perkataan kon yang di tulis didalam buku Mrs. A. B. Marshall’s Book of Cookery pada tahun 1888 adalah merujuk kepada bekas aiskrim yang boleh dimakan.
Dalam salah satu resipinya iaitu “Cornet with Cream”, beliau menjelaskan bahawa kon yang dihasilkan adalah diperbuat daripada badam dan dibakar didalam ketuhar. Aiskrim kon mula dipopularkan di St. Louis World’s Fair USA pada tahun 1904. Bermula disinilah maka lahirnya ais krim jenama Cornetto.                                                     

    Kehadiran Peti Sejuk        oliver evans sipencipta mesin peti sejuk


10240844
Sejarah perkembangan aiskrim berkembang dengan mekarnya keseluruh pelusuk dunia tidak terkecuali Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak pada abad yang ke-20 disebabkan oleh terciptanya peti sejuk yang murah dan mampu milik pada pertengahan abad ke-20.
Seharusnya kita berterima kasih kepada Oliver Evans seorang pencipta dari Amerika Syarikat yang telah mereka mesin peti sejuk yang pertama pada tahun 1805. Disebabkan oleh inovasi oleh Oliver Evans, pada tahun 1915 peti sejuk yang lengkap telah dicipta oleh Alfred Mellowes. Maka di pertengahan abad yang ke-20 wujudlah kedai aiskrim dan pelbagai jenis aiskrim dengan berbagai perisa.

Cara Tradisional Sebelum Kewujudan Peti Sejuk

Sebelum wujudnya peti ais moden, aiskrim merupakan satu hidangan mewah yang hanya dihidangkan pada majlis yang istimewa dan terulung sahaja. Ini kerana proses pembuatannya memerlukan usaha, kesabaran dan tenaga kerja yang tinggi.

Bongkah ais dari tasik dan kolam yang keras membeku pada musim sejuk akan dipotong dan disimpan didalam lubang bawah tanah atau disimpan dalam tempat simpanan khas yang di perbuat daripada kayu atau bata. Kebanyakkan pemilik ladang atau pengusaha pertanian termasuk Presiden Amerika iaitu George Washington dan Thomas Jefferson memotong bongkah ais pada musim sejuk untuk di gunakan dipanas semasa musim panas.
Frederic Tudor yang kenali sebagai Boston’s Ice King merupakan pengasas Tudor Ice Company, dimana beliau menjalankan perniagaan membekalkan ais yang dipotong dari tasik di sekitar New England ke Caribbean, Eropah serta India.kaedah nye sama seperti kita menonton filem frozen.
Baskin-Robbins
Pada tahun 1945 Baskin-Robbins telah ditubuhkan. Pada awalnya pembukaan pada tahun 1946 Baskin-Robbins hanya menawarkan 21 jenis perisa aiskrim sahaja. Pada tahun 1953 jumlah perisa telah ditambah kepada 31 jenis yang diguna pakai sebagai strategi pemasaran mereka yang berpaksikan kepada ideologi syarikat iaitu “one for every day of the month”.
Pada hari ini Baskin-Robbins telah berkembang dengan sekembang-kembangnya di 7300 lokasi pelusuk bumi tidak terkecuali Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pada penghujung Disember 2013 di Amerika Syarikat sahaja mereka mempunyai hampir 2500 cawangan dan 4800 cawangan bertaburan dimerata ceruk bumi dengan lebih 1000 jenis variasi aiskrim yang telah dicipta.
Soft Aiskrim
Salah satu pembangunan terrulung didalam industri aiskrim pada abad ke-20 adalah dengan lahirnya “soft ice cream” yang lembut di bibir serta cair di mulut. Wujudnya “soft ice cream” ini kerana para pengeluar ais krim mahu menjimatkan kos pengeluaran. Kandungan “soft ice cream” adalah campuran udara yang lebih dalam penghasilan aiskrim berbanding aiskrim biasa.

No comments:

Post a Comment