Sunday 14 June 2015

Antara syarikat pengeluar kopi paling berjaya didunia

     
Pada awal pengeluaran Nescafé dapat dilihat dari masa lampau, iaitu pada tahun 1930, ketika kerajaan Brazil pertama kali bertemu Nestlé Company. Pihak dari Brazilian Coffee Institute meminta Nestlé untuk mengawetkan lebihan kopi mereka yang sangat besar, dengan cara pembangunan produk kopi yang boleh larut dalam air panas.

Ahli kopi, Max Morgenthaler, dan pasukannya dengan segera berusaha untuk mencari jalan menghasilkan secangkir kopi yang berkualiti yang boleh dibuat dengan mudah, dengan hanya menambah air tetapi dapat mengekalkan rasa dan aroma kopi.

Setelah melalui penelitian yang panjang selama tujuh tahun di makmal Nestlé di Switzerland, mereka mencari jawapannya. Produk baru tersebut dinamakan Nescafé - perpaduan Nestlé dan Café. Nescafé diperkenalkan oleh Nestlé, sebagai kopi larut yang pertama kali berjaya secara komersial, di Switzerland pada 1 April 1938. Syarikat melaksanakan teknologi tersebut pada kilangnya di Hayes, London bahagian barat.

Pemprosesan kopi segera bukanlah sebuah idea yang baru, hal itu telah ditemui oleh seorang ahli kimia Jepun pada tahun 1901 dan telah dipasarkan dan dijual oleh syarikat lain tetapi tidak menuai sukses. Nestlé merevolusi cara pembuatan kopi segera. Nestlé membangunkan cara baru untuk menghilangkan kandungan air pada kepekatan kopi, yang mampu memperbaiki kualiti secara signifikan. Dengan semburan kabus halus larutan pekat kopi ke tower pemanas yang mengubah titik air menjadi serbuk dengan seketika.

Pada separuh pertama dekad berikutnya, walaupun Perang Dunia II menghalang kejayaannya di Eropah, Nescafé dieksport ke Perancis, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. Kemasyhuran-nya tumbuh dengan cepat pada separuh kedua dekad. Sebagaimana telah diketahui secara luas, seluruh pengeluaran Nescafé di kilang AS saat itu disediakan untuk kepentinganm tentera.

Pada tahun 1950-an, kopi telah menjadi hidangan pilihan bagi para remaja, yang suka melepak di kedai kopi untuk mendengar muzik rock 'n' roll keluaran menyanyikan lagu terbaru.

Dari tahun ke tahun syarikat terus melakukan penekanan di bisang inovasi, memperkenalkan kopi murni yang boleh larut (1952) yang seluruhnya menggunakan biji kopi roasting, penemuan freeze dried kopi segera (1965), dan penemuan kopi butir / granula (1967). Inovasi-inovasi seperti inilah yang memastikan Nescafé menjadi pemimpin pasaran kopi dunia. Tanda ini juga menduduki tempat ketiga berdasarkan nilai (value) dari brand produk di sektor minuman, selepas Coca-Cola dan Pepsi.

No comments:

Post a Comment