Thursday 11 June 2015

sejarah penghasilan kek

kek adalah antara desert yang sering menjadi pilihan apabila menyambut ulang tahun hari jadi.kanak-kanak dan orang dewasa sukakan keenakan rasanya yang manis dan berkrim dan juga enak.Selain itu bentuk rupanya yang pelbagai menjadikannya lebih kelihan menarik dan unik.Berikut adalah fakta Menarik Tentang Sejarah Kek:
1) Pada zaman dahulu kek lebih kurang sama dengan roti. Ia menggunakan yis seperti roti dan dimaniskan dengan madu dan ada juga ditambah kacang dan buah-buahan kering. Orang-orang Mesir purba adalah yang pertama menunjukkan kemahiran baking yang maju dalam sejarah kek.
Kek beryis dan tertua dan seakan-akan roti selalunya adalah kek tradisional. Ini termasuklah pastri seperti babka dan stollen.
2) Pembuat roti Eropah pada zaman pertengahan membuat kek buah dan roti halia yang boleh bertahan selama beberapa bulan. Sekitar zaman pertengahan abad ke-17, Eropah telah mencapai kemajuan besar dalam sejarah seni membuat kek. Mereka adalah pelopor kepada kek moden yang bulat dan mempunyai aising. Ini disebabkan oleh perkembangan teknologi seperti ketuhar, acuan makanan dan gula halus.
3) Menurut sejarah kek, aising pertama yang digunakan pada kek adalah gula, putih telur dan perisa yang kemudiannya direbus. Kemudian ia dituangkan ke atas kek, seterusnya kek dimasukkan ke dalam oven seketika. Bila kek telah dikeluarkan, aising disejukkan dengan cepat untuk membentuk lapisan keras yang berkilat keras seperti ais meliputi kek.
4) Kek tertua di dunia yang masih elok hingga sekarang dibuat pada tahun 1898 dan berusia kira-kira 113 tahun. Ia telah terselamat dari musnah akibat terkena bom ketika perang dunia ke-2. Terdapat rekahan besar pada aisingnya akibat bom tersebut tapi ia telah dibaikpulih.
5) Dalam sejarah kek, kek span adalah kek pertama yang dibuat tanpa menggunakan yis. Ia hanya bergantung kepada matriks protin, biasanya adalah telur yang dipukul sebagai bahan penaik. Ada kalanya ia ditambah dengan sedikit baking powder atau bahan penaik lain untuk menaikkannya.
Kek span yang dihias dengan mewah dipanggil gateau, sempena perkataan Perancis yang bermaksud kek.
6) Kek sememangnya memainkan peranan penting dalam perkahwinan. Menurut sejarah kek, zaman dahulu kek tidak dipotong semasa majlis perkahwinan tetapi mereka sama ada memecahkan sebuku besar roti besar di atas kepala pengantin perempuan atau hanya membuang keping roti ke atas beliau. Roti tersebut akan dikutip oleh para tetamu sebagai good luck.
7) Pernah dengar Pai Whoopie? Pai whoopie ialah kek yang lapisan tengahnya diisi dengan krim. Ketika petani keluar bekerja, wanita Amish membuat pai ini dan menghantarnya di dalam lunch box para petani. Petani merasa terkejut dan gembira, lalu mereka menjerit “Whoopie!”. Inilah asalnya nama pai whoopie. Sejarah kek yang menarik kan?
Kek keju walaupun dipanggil kek, sebenarnya bukanlah benar-benar kek tetapi adalah pai kastad. Malah, isinya dibuat daripada beberapa jenis keju pilihan seperti keju krim, mascarpone, ricotta dan sebagainya. Sedikit atau tiada tepung ditambah, walaupun basenya boleh berasaskan tepung.
Sejarah kek keju juga sangat lama, dengan bukti kek yang dimaniskan dengan madu sejak zaman Greece purba. Semasa Sukan Olimpik pertama, atlet diberi kek keju.
9) Kek tertinggi didunia adalah setinggi 33 m dan telah dibuat oleh Sekolah Kulinari Hakasima-Nilasari untuk acara Amazing Christmas, dipamerkan di Senayan City, Jakarta, Indonesia, mulai 28 November hingga 8 Dis 2008
.
Dimensi kek ialah: ketinggian 33 m, lebar 9 m dan berat 18.143,69 kg.
Bahan-bahan termasuk: 1750 kg gula aising, 1620 kg gula, 1620 kg marjerin, 162 kg susu tepung, 243 kg coklat serbuk, 100 liter gula cair, 3240 kg telur.
10) Dalam sejarah kek, lama dahulu seorang perempuan telah makan kek red velvet di sebuah restoran dan amat menyukainya. Beliau telah meminta resipi kek tersebut dan telah dikenakan bayaran $100. Beliau telah menghantar resipi kek tersebut melalui email berantai kepada beribu-ribu orang kerana membalas dendam.

No comments:

Post a Comment